“Al-Fatihah… Linda sayang mak!” -Ibu Linda Rafar disahkan meninggal dunia

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jan 2019 00:01:00


Setelah kira-kira dua bulan ibu kepada penyanyi Linda Rafar mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman dalam darah, sebentar tadi penyanyi itu telah mengesahkan bahawa ibunya telah disahkan pergi menghadap Ilahi.

Berita itu telah disahkan Linda Rafar menerusi satu muat naik di IG Story, memaklumkan pemergian ibunya pada jam 10.15 malam tadi.

Sebelum ini pada siang tadi, penyanyi itu ada memaklumkan keadaan ibunya yang tenat dan sedang dirawat di sebuah hospital. Linda dalam perkongsiannya ada memohon doa daripada para peminat untuk kesembuhan ibunya.

alt

alt

Linda Rafar turut memaklumkan bahawa jenazah ibunya akan disemadikan pada pagi esok dan disembahyangkan di surau D’ Kayangan Shah Alam.

Sebelum ini ibu kepada Linda Rafar, iaitu Rasimah Abdul Rahman 73 tahun telah dimasukkan ke Hospital Shah Alam akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah sehingga mengakibatkan tangan ibunya dipotong.

alt

alt alt

Salam takziah diucapkan kepada Linda Rafar sekeluarga, semoga ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

: IG Linda Rafar

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...