Mahu buat filem, ‘Nur’ perlu Ustaz Hamadi, kata pengarah

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Jul 2019 20:01:47



Azhan Rani sebelum ini bingung selepas naskhah ‘Nur’ akan diterbitkan ke layar perak. — Foto oleh Choo Choy May
Azhan Rani sebelum ini bingung selepas naskhah ‘Nur’ akan diterbitkan ke layar perak. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Pengarah drama Nur akan sedaya upaya meyakinkan pelakon Azhan Rani untuk menghidupkan kembali watak Ustaz Hamadi dalam layar perak.

Mengesahkan ditanya cara menghidupkan watak, Shahrulezad Mohameddin mengaku beliau berdepan dilema mengenainya, lapor Berita Harian.

Sekalipun akan menerbitkan filem itu melalui syarikatnya Radius One, Shahrulezad sedar pihaknya boleh menukar jalan cerita dan menghidupkan semula watak itu.

“Jadi, saya memang perlu berjumpa Azhan bagi meyakinkan dirinya, dengan apa cara sekalipun, berhubung perkara itu,” katanya.

“Kami turut menerima beberapa cadangan lain untuk terus mewarnai lagi watak Ustaz Hamadi, termasuk mewujudkan karakter lain.”

Namun semua pelakon drama popular itu, termasuk Azhan yang kini terikat dengan pementasan teater di Sabah, akan diajak berbincang segera, katanya.

Beliau juga mengakui “pecah kepala” memikirkan kewajaran mengangkat naskah itu ke layar perak apatah lagi peminat mahu watak jahat Ustaz Hamadi ditampilkan.

“Bagaimanapun, mahu atau tidak, saya tetap akan teruskan projek berkenaan dan ambil semua pengalaman ini sebagai cabaran baharu dalam berkarya,” katanya.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...