Mira Filzah Sedih Tak Dapat Sahur, Buka Puasa Hari-Hari Dengan Suami

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Apr 2021 00:00:11



Pertama kali menyambut Ramadan sebagai isteri, pelakon Mira Filzah meluahkan rasa gembira dan truja untuk menyediakan juadah sahur dan berbuka buat suaminya, Wan Emir Astar.

Bagaimanapun, Ramadan kali ini agak sedih dimana Mira berkata dia tidak berkesempatan bersahur dan berbuka bersama suami dan keluarga kerana sibuk dengan urusan kerja.

BACA: Mira Filzah Akui Tetap Laris Selepas Kahwin

“Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin dah fikir macam-macam nak buat. Tengok tengok, jadual ‘shooting’ dah anjak masuk sampai akhir puasa.

“Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak, Abah dan keluarga lain, Atuk dengan Opah lagi lah. Tak dapat balik kampung,” tulisnya.

Meskipun terpaksa berkorban tidak dapat bersama dengan insan tersayang, namun Mira akur dengan tanggungjawab serta menyifatkan kerja juga adalah satu ibadah.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Mira sempat memohon maaf kepada suaminya serta mengucapkan terima kasih kerana memahami kerjayanya.

“Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul. Sorry sayang I. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah,” tulisnya.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News