Firefox Focus Cecah 1 Juta Muat Turun Dalam Masa Sebulan Di PlayStore

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 24 Jul 2017 04:00:38

Firefox Focus baru sahaja diperkenalkan lebih kurang sebulan yang lalu dan kini mereka sudah mencecah 1 juta pengguna di Google Playstore.

Mereka mendatangkan 3 ciri baru dalam meraikan kejayaan ini. Pertama sekali aplikasi enjin pencarian ini akan dibawakan sokongan tontonan video dalam skrin penuh, kecuali video di YouTube.

Seterusnya, pengguna kini boleh memuat turun segala jenis fail dan juga fungsi notifikasi untuk memudahkan pengguna membuka aplikasi tersebut.

Firefox Focus merupakan aplikasi pencarian yang membolehkan pengguna melayari internet dengan ciri privasi dan ader yang terbina di dalam.

Aplikasi ini sangat sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang tidak mahu diganggu oleh iklan. Ianya juga turut memfokuskan kepada pengguna yang mahukan aplikasi pencarian yang selamat dengan ciri asas pelayaran internet yang pantas dan mudah.

: Mozilla Blog

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts