by Oh! Semput
Sebelum ini, BYD memperkenalkan bateri baharu bersama pengecas Flash Charging. Kini, berdasarkan laporan paultan, BYD Malaysia mengesahkan akan membawa masuk teknologi pengecasan pantas Megawatt Flash Charging ke pasaran tempatan.
Teknologi ini mampu mengecas bateri dari 10% ke 70% hanya dalam masa 5 minit sahaja, dengan kuasa sehingga 1,500 kW (1.5 MW). Ia menggunakan seni bina 1,000 volt dan sistem penyejukan canggih, membolehkan penambahan jarak perjalanan sekitar 400 km dalam tempoh tersebut.
Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, pelaksanaan awal akan bermula di pilihan Denza showroom dan pusat servis terpilih sebelum diperluaskan ke rangkaian yang lebih luas.
Teknologi ini dirancang untuk terbuka kepada semua jenama EV yang serasi, bukan terhad kepada kenderaan BYD sahaja.
Pengumuman ini selaras dengan strategi global BYD yang sedang mengembangkan rangkaian pengecasan ultra-pantas. Di China, teknologi Flash Charging generasi kedua sudah pun digunakan secara meluas bersama bateri Blade Battery generasi baharu.
Pelancaran di Malaysia masih di peringkat perancangan dan penyelidikan. BYD belum mengumumkan tarikh rasmi, lokasi tepat atau harga perkhidmatan pengecasan.
Kedatangan Megawatt Flash Charging dijangka akan menarik ramai peminat yang teringin untuk memiliki EV di Malaysia, kerana ia masa pengecasan EV sudah menghampiri dengan isi minyak petrol konvensional.
{suggest}
BYD Flash Charging Akan Masuk Malaysia – Cas 10-70% Hanya 5 Minit WISER.MY.