Lagu raya Floor 88 & Baby Shima trending no 2 di Youtube, “Best gila…”

by Oh! Semput


HOME Posted on 24 May 2020 00:01:08



Meskipun hari raya dalam keadaan yang berbeza, orang ramai juga dapat menghiburkan diri dengan mendengarkan lagu-lagu raya.

Gandingan kumpulan Floor 88 bersama penyanyi Baby Shima juga tak kurang hebatnya apabila lagu raya mereka berjudul Tak Dapat Raya Lagi trending ditangga yang kedua melalui laman Youtube pada 23 Mei yang lalu.

huawei-y6p-kv-tile

Editor's Pick

HUAWEI Y6P Lengkap Dengan Gaya, Bateri Dan Skrin Besar, Hanya RM559 Sahaja!

Open New Tab

Jika pada tahun lepas, mereka bergandingan dalam sebuah lagu raya berjudul Tak Dapat Raya dimana ianya kini telah mencecah jutaan tontonan, kini single terbaru kumpulan Floor 88 yang dianggotai oleh enam jejaka yang dikenali sebagai Ayie, Falique, Eric Fuzi, Achoi, Akram dan Amir bersama penyanyi yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air iaitu Baby Shima ternyata mendapat perhatian lagi.

Ini kerana, kumpulan ini yang masih lagi bergabung suara bersama Baby Shima membuatkan warganet seronok dan dilaman YouTube, nyanyian mereka itu selain trending di Youtube, ia juga telah mencecah ribuan tontonan.

Dalam pada masa yang sama, lagu nyanyian Baby Shima bersama kumpulan berkenaan juga meraih pelbagai maklum balas warganet yang memuji lagu mereka itu.

Akui netizen, lagu itu disukai mereka dan setelah didengar lagu raya berjudul Tak Dapat Raya Lagi ternyata membuat mereka ‘tersangkut’ dan memujinya sangat best.

Screenshot_534Screenshot_535Screenshot_533 Screenshot_532

Selain lagu gandingan Baby Shima bersama kumpulan Floor 88, ini antara lagu-lagu raya yang mencuri tumpuan mereka sejak kebelakangan ini.

Tokti Belanja Lagu Raya Buat Ramai Yang Sayu

Lagu Raya Senario Di Hari Yang Mulia Buat Terimbau Memori!

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...