Freak Shake Mesti Cuba Di Patissez Kuala Lumpur

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 14 Dec 2017 05:00:16

Teks : Muzammin Muzlan

 

Kegilaan Freak Shake yang bermula di Canberra, Australia kini sudah berada di Kuala Lumpur. Mungkin boleh masukkan dalam senarai restoran mesti cuba selepas ini bersama yang tersayang.

 

Freak Shake (RM23)

 

Jika anda adalah peminat sajian manis, sudah pasti anda pernah melihat Freak Shake yang melimpah-ruah dengan pelbagai jenis topping. Sejak mula dibuka pada tahun 2015, Freak Shake di Patissez mencipta fenomena dan kegilaan ramai sehingga menjadi antara destinasi  wajib kala berkunjung ke ibu negara Australia itu. 

 

Kini anda tidak perlu terbang jauh semata-mata untuk merasa sendiri sebalang Freak Shake. Terletak di Jalan Telawi, Bangsar, Patissez Malaysia telah dibuka secara rasmi pada 4 Julai 2016 yang merupakan kafe pertama dibuka di luar Australia.

 

Seperti di Canberra, seni dekorasi kafe menyuntik elemen industrial yang serba moden. Tiga dinding yang berbeza memberikan kelainan pada keseluruhan dekorasi kafe seperti warna biru firus yang digunakan bersama bingkai putih ataupun bata putih yang lebih raw. Himpunan kerusi dan meja yang direka eksklusif pula pasti memberikan keselesaan kepada setiap pengunjung.

 

Sudah pasti tarikan di sini adalah minuman pemanis mulut signature Freak Shake yang hadir dalam empat perisa berbeza seperti Muddy Pat, Pretzella, Mint Condition dan Like a Velvet. Setiap satunya dicipta dalam memberikan keunikan rasa tersendiri dengan pilihan bahan ramuan yang akan mencipta satu balang minuman pemanis mulut yang sempurna.

 

Harganya pula cukup berpatutan selain saiznya yang besar membenarkan anda untuk berkongsi bersama rakan-rakan. Setiap balang dijual pada harga RM23, lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Australia mahupun Singapura.

 

Corn & Zucchini Fritters (RM23)

 

 

Patissez Malaysia turut hadir dengan seleksi menu makanan dan sarapan tengah hari yang sedikit berbeza dari menu asal di Australia. Ianya lebih lokal dengan gabungan bahan-bahan dan rasa tempatan. Antara yang perlu dicuba di sini adalah Kale Pasta Fettucini yang menggabungkan zukini bakar dengan pasta yang dibuat segar setiap hari.

 

Salmon Burger (RM36)

 

Hot Cakes (RM23)

 

Selain itu, Corn & Zucchini Fritters pula merupakan menu asal dari Australia atau Salmon Burger yang menggunakan filet ikan salmon segar yang disalut bersama bijan hitam dan putih untuk memberi tekstur rasa yang berbeza. Saya sarankan anda untuk berkongsi bila memesan seleksi makanan di sini kerana setiap hidangan bersaiz besar persis hidangan makanan di Australia.

 

 

Freak Shake Mesti Cuba Di Patissez Kuala Lumpur EH!.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts