Fungsi Bluetooth S-Pen Galaxy Note 9 Tidak Boleh Digunakan Pada Galaxy Note 8

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Aug 2018 17:02:41


Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan dengan stylus S-Pen baharu dengan sokongan bluetooth. Ini membolehkan ia berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk aplikasi kamera, galeri, pemain muzik, rakaman audio dan Chrome. Pasti ada yang tertanya-tanya sama ada S-Pen Note 9 boleh dibeli berasingan dan kemudian dipadankan pada Galaxy Note model terdahulu.

Jawapan kepada persoalan ini ialah tidak. Untuk menyokong fungsi baharu ini, S-Pen Galaxy Note 9 terlebih dahulu perlu dipadankan kepada Galaxy Note 9 dengan memasukkannya ke dalam tempat simpanan. Fungsi-fungsi alat kawalan jauh kemudian perlu diaktifkan menerusi menu baru di dalam skrin tetapan.

S-Pen Galaxy Note 9 juga dicas semula apabila dimasukkan ke dalam tempat simpanan. Ini memerlukan komponen khusus untuk pengecasan yang tidak ada pada model Galaxy Note lain sebelum ini.

Sunggguhpun begitu, S-Pen Note 9 masih boleh digunakan untuk melakar pada skrin Galaxy Note model terdahulu.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News