Gadis Pelat Mat Salleh, Coco Rancang Lancarkan Produk Sendiri Selepas Makin Dikenali Ramai

by Oh! Semput


42
SHARES
549
VIEWS
Posted on 23 Dec 2016 10:00:43



NAMPAKNYA populariti gadis pelat mat salleh, Coco semakin ‘berkembang’ baik apabila dia dikhabarkan bakal melancarkan produk sendiri.

Perkara tersebut disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan yang menyatakan pemilik nama Marshairah Ismail ini bakal keluar dengan produk jenamanya walaupun dikecam ramai berikutan sensasi yang dicetuskannya sebelum ini.


Difahamkan, produk yang dikeluarkannya nanti mungkin berkaitan dengan pakaian dan aksesori.

Perkongsian berita ini mendapat perhatian netizen apabila ada yang mempersoalkan produk yang bakal dikeluarkan gadis yang mendakwa berketurunan Pakistan, Serani dan Cina.

Pelbagai persoalan yang timbul, antaranya adakah Coco akan mengeluarkan produk untuk memutihkan ketiak atau ubat betulkan lidah bagi memudahkan pertuturan sehingga tidak bercakap ‘pelat’ mat salleh lagi.

Bekas pelajar di sebuah politeknik di utara tanah air ini memperolehi pendapatannya melalui ulasan produk menerusi akaun Instagramnya.

Ulasan produk tersebut melibatkan barangan kecantikan dan kesihatan

sumber: mynewshub.cc

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts