Gadis 19 Tahun Jadi Pilihan, Alam Wakaka Kini Bergelar Tunangan Orang

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 11:04:56



Selebriti dan juga penari, Alam Wakaka kini sudah bergelar tunangan orang setelah selamat bertunang dengan gadis pilihannya yang berusia 19 tahun, Nurul Alisya Najwa Hazman.

Difahamkan, majlis pertunangan itu dilakukan secara ringkas tetapi penuh meriah di kediaman gadis berkenaan yang berlokasi di Segamat, Johor.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan lima buah hantaran berbalas tujuh serta kehadiran ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak namun masih selaras dengan garis panduan PKP yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan wabak pandemik COVID-19.

View this post on Instagram

Ya Allah, Jika dia bukan Jodohku, ketemukan dia dengan lelaki sebaik lelaki yang pernah aku kenali.. AMIN… #countingdays? #kepalagila

A post shared by Alam Wakaka ™ (@alamwakaka) on

 Alam turut memberitahu hanya akan bertunang selama enam bulan dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan. Dia turut sempat memohon doa daripada peminat dan sesiapa yang mengenalinya supaya dipermudahkan urusan perkahwinannya kelak.

: Media Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...