Kak Pah galas cabaran negara

by Oh! Semput


8
SHARES
103
VIEWS
Posted on 15 Sep 2017 14:03:05

SEJAK era 90 an iaitu sekitar 1994, Sharifah Raudzah Syed Akil (gambar) sering kali mencuba beberapa jenis sukan di negara ini, namun eksperimennya itu gagal membuahkan hasil.

Sharifah Raudzah pernah mencuba sukan olahraga seperti lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing dan berhenti seketika dalam dunia sukan kerana sibuk dengan urusan kerja.

Bagaimanapun atlet yang kini berusia 44 tahun ini membuat keputusan beraksi sebagai seorang atlet angkat berat pada 2003 kerana melihat potensi dalam sukan ini dan ternyata ia menjadi kenyataan.

Meskipun sedar era pembabitannya dalam sukan itu agak lewat, ketika usianya sekitar 30 an namun sokongan daripada ibu, Zaharah Abdul Salam ternyata membawa berkat sehingga kini.

“Sebenarnya pada peringkat awal saya tidak minat akan sukan angkat berat namun mungkin sudah takdir untuk saya, dengan keadaan bentuk badan. Saya juga sudah cuba pelbagai jenis sukan namun satu pun tidak memberikan kejayaan.

“Peralihan saya ke dalam sukan angkat berat pada 2003 ternyata satu peningkatan walaupun sudah agak lewat di usia 30 an namun Allah memberikan kemudahan dan saya percaya itu yang sesuai untuk saya.

“Di peringkat awal memang ada halangan tambahan pula saya mempunyai anak yang masih kecil dan biasalah pantang larang Melayu namun selepas saya berjaya memenangi emas kategori 75 kilogram (kg) dan rekod baharu kejohanan di Sukan Para ASEAN Korat, Thailand 2008, baru orang nampak kesungguhan dan memberikan sokongan 100 peratus,” kata Sharifah Raudzah ketika ditemui di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.

Sharifah Raudzah yang digelar Kak Pah berasal dari Rantau Panjang, Kelantan bakal menggalas cabaran negara dalam kategori 86kg ke atas dan dia berazam untuk memenangi pingat emas dalam acara ini.

Sukan angkat berat para akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula pada 18 hingga 21 September dengan 19 pingat emas dipertandingkan secara keseluruhan.

Dua tahun lalu di Singapura, tiga emas disumbangkan Yee Khie (97kg), Mohd Shahmil (107kg) dan atlet wanita, Sona Agon (67kg), masing-masing berada dalam Program Podium dikendalikan Institut Sukan Negara (ISN).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts