save 2.0

Gambar bersama, peminat berteka-teki Neelofa pilih Nabil jadi hos majlis kahwin?

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Feb 2021 22:02:07



Selebriti dan usahawan Neelofa sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia berkongsi dengan peminat berkenaan pertemuannya bersama rakan pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad baru-baru ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram memperlihatkan pertemuan mereka yang turut disaksikan oleh ibunya, Datin Noor Kartini.

“Untuk meyampaikan kemanisan cintaMu ya Allah. Boleh awak teka?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Uish, mengundang betul kapsyen selebriti berusia 32 tahun berkenaan, sehingga membuatkan para peminat tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut? Teka apa?

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai teruja dan ada yang meneka bahawa mereka akan bergandingan semula dalam program televisyen berunsurkan islamik.

alt

Bukan itu sahaja, memandangkan perkahwinan majlis perkahwinan Neelofa dirancang akan berlangsung pada bulan Mac hadapan, ada juga yang meneka adakah Nabil dilantik sebagai ’emcee’ sewaktu majlis perkahwinan Neelofa nanti? Alamak, mana satu ini!

alt

alt

alt

alt

alt

Sehingga kini, gambar berkenaan telah meraih hampir 240,000 tanda suka daripada warganet.

Mana tidaknya, mesti bermacam perkara bermain dalam fikiran peminat, kan? Berdebar jantung pula dibuatnya. Agak-agak kejutan apa pula Neelofa mahu buat selepas ini, sama-sama kita nantikan, ya!

alt

: Instagram Neelofa

's

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News