Gambar Di Sekitar Perkahwinan Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 10 Nov 2017 10:00:21

Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah sah bergelar suami isteri dalam majlis ijab dan kabul yang berlangsung semalam.

 

Gambar : Instagram Mawar Rashid

 

Dengan sekali lafaz, Mawar sah bergelar isteri kepada Raf atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob. Majlis tersebut berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang.

 

Mawar dan Raf dinikahkan oleh Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil. Aktres cantik menawan itu menerima mas kahwin sebanyak RM900 berserta tujuh dulang hantaran dan kemudian berbalas sembilan, namun wang hantaran dirahsiakan.

 

Pasangan pengantin baru tampil dengan busana berkonsepkan tradisional Jawa rekaan Cosry. Majlis tersebut turut dimerahkan dengan kehadiran 500 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan teman rapat mereka.

 

Majlis persandingan Mawar dan Raf bakal diadakan pada 1 Disember di Pusat Konvensyen Sime Darby. EH! kongsikan beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan Mawar dan Raf.

 

⚜❤⚜#MawaRafNikah </div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018