(13 GAMBAR)Sekitar Pernikahan Engku Emran & Laudya Cynthia Bella

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 09 Sep 2017 04:01:53

Jutaan tahniah diucapkan kepada Engku Emran (42 tahun) dan Laudya Cynthia Bella (29 tahun) yang telah selamat bergelar suami isteri semalam pada jam kira-kira 6.27 petang. Majlis pernikahan ahli perniagaan dan aktres dari Indonesia ini telah berlangsung di sebuah lokasi rahsia di Kuala Lumpur. Pernikahan mereka telah disaksikan oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.

gambar nikah engku emran laudya cynthia

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan. Antara rakan-rakan artis yang hadir ialah Nora Danish bersama suaminya Nedim Nazri, Melly Goeslow, Irwansyah dan Teuku Wisnu. Engku Emran telah mengucapkan terima kasih di dalam satu kenyataan rasmi yang diedarkan lewat petang semalam.

Terima kasih kerana memberikan ruang kepada kami untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup. Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.

gambar nikah engku emran laudya cynthia

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella. Semoga perkahwinan ini dirahmati dan diberkati serta kekal buat selamanya. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar MalaysianDigest.

gambar nikah engku emran laudya cynthia
gambar nikah engku emran laudya cynthia
gambar nikah engku emran laudya cynthia
gambar nikah engku emran laudya cynthia
gambar nikah engku emran laudya cynthia
gambar nikah engku emran laudya cynthia

gambar nikah engku emran laudya cynthia

gambar nikah engku emran laudya cynthia

gambar nikah engku emran laudya cynthia

gambar nikah engku emran laudya cynthia
gambar nikah engku emran laudya cynthia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts