Gangguan Urusan Cetakan MyKad Dijangka Berlanjutan Hingga 7 September – JPN

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 01 Sep 2026 04:00:13

Orang ramai yang merancang untuk membuat penukaran atau gantian MyKad dalam masa terdekat mungkin perlu menangguhkan urusan tersebut sekali lagi.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka terus mengalami gangguan sehingga 7 September 2026, susulan proses peralihan kepada MyKad Generasi Baharu yang masih diteruskan.

Sebelum ini, gangguan berkenaan dijangka berakhir pada 31 Ogos 2026. Dengan lanjutan tempoh tersebut, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak supaya menangguhkan sementara urusan penukaran atau gantian MyKad.

Bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia 12 tahun, JPN turut menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya menunggu seketika sebelum membuat permohonan MyKad kali pertama. Langkah itu membolehkan mereka menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu. pic.twitter.com/DwAGlYWpuT

— Jabatan Pendaftaran Negara </div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts