Mata Ganjaran Astro Circle Akan Ditamatkan Pada 1 Jun 2019

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 29 Mar 2019 12:03:41

Astro Circle merupakan salah satu program ganjaran yang disediakan oleh Astro untuk para pelanggan mereka – membolehkan mereka mengumpulkan mata ganjaran dan menebusnya dengan sejumlah hadiah atau rebat untuk bil. Pelanggan Astro boleh menyemaknya melalui penyata bil bulanan mereka.

Astro Circle

Sekiranya anda pelanggan Astro, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menebus mata ganjaran Astro Circle ini sebelum 1 Jun kelak, memandangkan kini Astro telah mengumumkan bakal menamatkan penawaran Astro Circle ini.

Astro melalui laman astro Circe mengatakan semua mata ganjaran akan luput pada 1 Jun 2019 kelak, dan pelanggan digalakkan menebus secepat mungkin. Astro mengatakan mereka bakal hadir dengan sesuatu yang baru tidak lama lagi.

Layari : Astro Circle

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts