Gempa Bumi 7.4 Magnitud Landa Timur Taiwan, Amaran Tsunami Buat Jepun

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 03 Apr 2024 04:31:53

Gempa bumi besar dengan magnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan, hari ini sekali gus menyebabkan amaran tsunami di selatan Jepun dikeluarkan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), pusat gempa terletak kira-kira 18 kilometer (11 batu) di selatan bandar Hualien.

Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Sementara itu di Tokyo, penerbangan di lapangan terbang utama selatan Jepun, iaitu Okinawa ditangguhkan berikutan amaran tsunami.

Operasi di Lapangan Terbang Naha digantung dari jam 9.25 pagi, menurut pegawai Kementerian Pengangkutan.

 

 

</div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts