Genap sebulan melayari bahtera perkahwinan, Risteena luah rasa bertuah dapat miliki Isa

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Apr 2021 02:01:29



 


12 April genaplah sebulan pasangan romantik Risteena Munim dan Isa Khan bergeIar suami isteri.Menerusi Instagram, Risteena dilihat ada memuat naik foto romantisnya bersama suami.


Risteena berkata sempena meraikan hari istimewa itu, Isa membawanya keluar dating sambil menikmati makanan yang sedap-sedap.


Lebih manis, Risteena turut meluahkan rasa bertuah kerana memiliki Isa sebagai suaminya dan dia gembira bergelar isteri.



“Hari ini (semalam) genap sebulan sebagai suami isteri. Saya berasa sungguh bertuah memiliki awak sebagai suami saya. Saya isteri yang sangat gembira.


“Hari ini, suami cakap nak bawa pergi dating makan sedap-sedap. Tak sabar. Okey nak pergi bersiap dulu,” tulisnya.


Perkongsian Risteena itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal bahagia.



Sementara itu, adiknya iaitu pelakon Ruhainies turut meninggalkan komen nakal mengusik kakaknya.


“Hari itu sehari, lepas itu seminggu, lepas itu sebulan, lepas itu dua bulan, lepas itu tiga bulan, lepas itu empat bulan. Masuk tujuh bulan saya nak (sekat akaun),” tulisnya.


Risteena dan Isa Khan mendirikan rumah tangga pada 12 Mac lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajay


sUMBER : rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News