by Oh! Semput

KUALA LUMPUR – Genting Malaysia Berhad menafikan dakwaan berlaku kejadian tali kereta kabel Sky Way Genting terputus di Genting Highlands dan mengorbankan banyak nyawa.
Naib Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awamnya, Katherine Chew berkata, dakwaan yang disebarkan orang ramai di media sosial itu tidak berlaku.
“Resorts World Genting mahu menyatakan bahawa berita yang tersebar itu tidak benar.
“Resorts World Genting sentiasa memastikan standard tahap keselamatan yang tinggi daripada segi reka bentuk dan operasi,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Semalam, Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd. Nor turut mengesahkan dakwaan yang disebarkan itu tidak benar.
Sejak beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengatakan terdapat kereta kabel yang terputus tali dan mengorbankan seramai 17 orang. – Mynewshub.cc