Gereja di Berlin buka pintu untuk Muslim solat Jumaat

by Oh! Semput


HOME Posted on 24 May 2020 00:01:28



Images

  • berlin church

    (Gambar: Agensi berita)

KONGSI ARTIKEL

BERLIN: Sebuah gereja di Berlin, ibu kota Jerman membuka pintunya kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat susulan langkah jarak selamat di masjid mengehadkan jumlah jemaah yang dapat ditampung.

Masjid Dar Assalam di daerah Neukölln biasanya boleh menampung ratusan jemaah untuk solat Jumaat.

Namun, ia hanya dapat memuatkan 50 jemaah pada satu-satu masa di bawah aturan jarak selamat ketat yang dilaksanakan Jerman.

Sepanjang bulan Ramadan, gereja Martha Lutheran yang terletak berdekatan masjid tersebut, tampil menawarkan ruang untuk umat Islam melaksanakan solat Jumaat.

"Pertolongan ini satu petanda baik dan memberi kegembiraan kepada umat Islam dalam bulan Ramadan ketika berdepan krisis ini," kata mam Masjid Dar Assalam, Mohamed Taha Sabry.

"Pandemik ini telah menyatukan kita menjadi sebuah masyarakat,"tambahnya.

Jerman membenarkan tempat-tempat ibadat dibuka semula pada 4 Mei tetapi para jemaah perlu menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya 1.5 meter. 

- Agensi berita/SU/ha

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...