by Oh! Semput
TM Global sekali lagi mencatat kejayaan di Asian Telecom Awards 2026 yang berlangsung di Singapura pada 25 Februari.
TM Global menyatakan, kejayaan ini mencerminkan kepercayaan berterusan rakan kongsi dan dedikasi pasukan dalam memajukan landskap digital Malaysia.
Untuk tahun ini, TM Global meraih tiga anugerah utama iaitu:

Kejayaan ini merupakan tahun ke-4 berturut-turut TM Global diiktiraf di pentas antarabangsa.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Hazrilhasnie Hashim, Naib Presiden Produk & Pemasaran dan Elvin Tan, Pengarah Negara TM Singapura.
Pada masa yang sama, Telekom Malaysia Berhad (TM) turut mengumumkan peningkatan hasil untuk suku keempat tahun 2025 sebanyak 6.8% kepada RM3.26 bilion.
TM juga merekodkan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Bukan Kawalan (PATAMI) berjumlah RM1.71 bilion, peningkatan 72.8% daripada tempoh yang sama tahun lepas.
TM menyatakan bahawa mereka optimis pada tahun 2026 ini dengan aspirasi menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030.
{suggest}
TM Global Dinobatkan Syarikat Telekomunikasi Terbaik Malaysia, Keuntungan Meningkat WISER.MY.