Gondola terbuka, jeriji besi; tarikan baru kereta kabel Langkawi

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 17 Jan 2020 11:01:36

Keterujaan pengunjung ke Langkawi SkyCab, kereta kabel tercuram di dunia bakal bertambah dengan pengenalan empat Gondola 360 terbuka dengan jejari besi. — Foto Bernama
Keterujaan pengunjung ke Langkawi SkyCab, kereta kabel tercuram di dunia bakal bertambah dengan pengenalan empat Gondola 360 terbuka dengan jejari besi. — Foto Bernama

LANGKAWI, 17 Jan – Keterujaan pengunjung ke Langkawi SkyCab, antara kereta kabel tercuram di dunia bakal bertambah dengan pengenalan empat Gondola 360.

Mula beroperasi sejak semalam, gondola yang menggunakan teknologi dari Switzerland itu pastinya memberi pengalaman baharu yang tidak boleh dilupakan buat pelancong di pulau legenda bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia (VM2020).

Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Sdn Bhd, Abu Hashim Abd Rahman berkata Gondola 360 merupakan satu produk terbaharu dari Panorama Langkawi bagi memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung Langkawi SkyCab, kereta kabel yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter.

“Gondola 360 ini boleh memuatkan empat orang penumpang dengan muatan seberat 300 kilogram. Gondola yang terbuka dengan jejari besi ini sudah tentu mengujakan dan semestinya memberikan pengalaman yang menakjubkan kepada para pengunjung.

“Apabila menaiki Gondola 360 ini pengunjung dapat merasai udara yang nyaman dan berpeluang melihat keindahan Gunung Machinchang dengan lebih jelas lagi. Selain itu gondola ini turut dilengkapi lantai kaca pengunjung dapat melihat terus ke bawah seperti merentasi Gunung Machinchang,” katanya kepada Bernama.

Abu Hashim berkata Gunung Machinchang merupakan gunung tertua di Asia Tenggara yang berusia 550 juta tahun semestinya dapat memberikan pengalaman yang amat mengasyikkan kepada pengunjung yang menaiki Gondola 360 ini.

Sementara itu, Ketua Unit Sistem Kereta Kabel Panorama Langkawi Sdn Bhd Amran Ayob berkata empat gondola tersebut tiba Selasa lepas dan siap dipasang pada keesokan hari oleh 13 kakitangan sebelum mula beroperasi semalam.

“Gondola 360 ini menggunakan teknologi dari Switzerland setiap satu gondola memerlukan empat hingga lima jam untuk siap dipasang. Apa yang menarik mengenai gondola ini ialah ia tidak memiliki cermin sebaliknya hanya jejari besi seterusnya membolehkan pengunjung yang naik merasai udara yang segar serta angin dalam perjalanan menuju Gunung Machingchang.

Dari segi keselamatan penumpang tidak perlu risau kerana gondola ini tetap selamat seperti gondola-gondola lain,” katanya. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts