Google Chrome 74 Beta Tampilkan Mod Gelap Untuk Komputer Windows

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 30 Mar 2019 05:01:20

Sebelum ini, Google sudah sedia menawarkan mod gelap bagi pelayar web mereka untuk platform MacOS menerusi Chrome 73.

Kini, gergasi teknologi itu mula mengembangkan penawarannya untuk sistem operasi Windows pula. Buat masa sekarang, ia hanya tersedia untuk versi Chrome 74 Beta dimana untuk menikmatinya, pengguna perlu ke bahagian tetapan.

Selain menetapkannya secara manual, ia turut berubah secara automatik mengikut tema gelap yang pengguna tetapkan pada komputer Windows, kaedah yang sama dilakukan pada MacOS Mojave.

Dalam kemaskini terbaru itu juga, Google ada menyertakan ciri yang boleh mengurangkan ketidakselesaan pengguna ketika zoom dan kesan animasi lain.

Versi stabil Chrome 74 dijangka akan mula ditawarkan pada 23 April 2019.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts