by Oh! Semput
Google kini mula memaklumkan para pengguna, menyatakan mereka akan mula memperkenalkan had penggunaan untuk Gemini Notebook, berkuat-kuasa 2 September 2026 ini. Bermula tarikh berkenaan, Google akan mengguna-pakai had berasaskan penggunaan perkomputeran – dimana ia akan bergantung kepada kesukaran sesuatu prom dan arahan yang diberikan, termasuk keperluan perkomputeran dalam penjanaan dokumen atau apa yang diminta pengguna.
Google mengatakan kuota akan dikemaskini setiap 5 jam, sehingga pengguna mencapai had kuota minguan mereka. Seperti biasa, anda boleh menaik-taraf langganan Google AI anda untuk mempunyai had penggunaan yang lebih tinggi.
Penggunaan Gemini Notebook juga dilihat akan didasarkan kepada langganan Google AI anda, dimana had akan meningkat selari kepada pelan langganan.
Dengan permintaan dan penggunaan kecerdasan buatan janaan yang meningkat tinggi, pelbagai syarikat kini telah mula mengubah kaedah pengiraan berasaskan kepada perkomputeran, sekaligus memastikan kuasa pemprosesan mereka tidak disalah-guna, dan pada masa yang sama memastikan syarikat mereka tidak mengalami kerugian.