Google Perkenal Ciri Pengesanan Panggilan Palsu Untuk Android

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 03 Jun 2026 04:00:23

Google kini memperkenalkan satu lapisan keselamatan baharu bagi membantu pengguna Android lebih mudah mengesan panggilan penipuan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyamar sebagai kenalan.

Ciri yang dikenali sebagai pengesanan panggilan palsu ini direka untuk mengesan situasi di mana pemanggil mungkin bukan individu sebenar.

Ia berfungsi bersama aplikasi Phone by Google dan diaktifkan secara automatik tanpa perlu tetapan tambahan. Apabila kedua-dua pihak, iaitu pemanggil dan penerima, menggunakan aplikasi yang sama, peranti akan menghantar isyarat pengesahan senyap secara masa nyata untuk mengesahkan panggilan itu benar-benar datang daripada peranti pemanggil tersebut.

Proses ini menggunakan teknologi Rich Communication Services (RCS) yang mempunyai penyulitan hujung ke hujung. Jika pengesahan gagal, ini boleh menjadi petunjuk bahawa panggilan tersebut mungkin cuba dipalsukan walaupun nombor atau suara pemanggil telah ditiru menggunakan teknik seperti spoofing atau AI.

Dari segi ketersediaan, ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat untuk peranti Android 12 dan ke atas, bermula dengan peranti Pixel sebelum diperluaskan ke lebih banyak peranti. Pengguna yang tidak menggunakan Phone by Google masih boleh memasangnya melalui Play Store dan menetapkannya sebagai aplikasi default untuk panggilan.

Namun, ia memerlukan sokongan RCS dalam Google Messages serta penggunaan Phone by Google oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam panggilan. Pengguna juga perlu memasang aplikasi Google Contacts. 

{suggest}

Google Perkenal Ciri Pengesanan Panggilan Palsu Untuk Android WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts