Google Pixel 4 Versi 5G Berkemungkinan Dilancarkan Minggu Hadapan

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Oct 2019 12:01:32



Reading Time: 1 minute

Seperti yang sudah diketahui ramai, Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL akan dilancarkan secara rasmi pada acara Google minggu hadapan. Kebanyakan spesifikasi peranti tersebut sudahpun diketahui berikutan kebanjiran tirisan dari pelbagai sumber sejak berbulan yang lalu. Jika ada spesifikasi peranti tersebut yang masih belum diketahui, 5G adalah antaranya.

Kini terdapat maklumat melalui laporan Nikkei mengatakan bahawa pihak Google telah memulakan ujian 5G untuk Pixel 4 di China. Versi biasa Pixel 4 dengan rangkaian LTE tetap akan dilancarkan dengan penambahan model versi 5G.

Namun masih tidak diketahui sama ada peranti tersebut akan dilancarkan secara rasmi atau sekadar pra tontonan sahaja.

Mengikut laporan Nikkei, peranti itu boleh jadi dilancarkan pada minggu hadapan. Akan tetapi, Google boleh membuat keputusan untuk melancarkan model 5G tersebut bersama-sama dengan model peranti bajet yang baharu pada tahun hadapan.

: Laporan Nikkei

Google Pixel 4 Versi 5G Berkemungkinan Dilancarkan Minggu Hadapan WISER.MY.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...