by Oh! Semput
Google kini memperkenalkan pelan Google AI Ultra baharu yang berharga RM429.99 sebulan, sekali gus memberikan pengguna dua pilihan dalam pelan yang sama.

Menariknya, Google turut mengumumkan penurunan harga bagi pelan AI Ultra sedia ada (tahap tertinggi) daripada RM1,229.90 kepada RM979.90 sebulan tanpa sebarang pengurangan ciri.
Melalui pelan baharu RM429.99 sebulan, pengguna akan menerima:
Selain pelancaran pelan baharu dan pelarasan harga, Google turut memperluaskan akses kepada beberapa ciri AI dan model terbaharu mereka. Antaranya termasuk Gemini Spark (untuk pasaran AS sahaja) dan Project Genie khusus untuk pelanggan pelan AI Ultra tahap tertinggi secara global.

Sementara itu, pengguna global bagi langganan AI Plus, Pro, dan Ultra kini sudah boleh mengakses Gemini Omni yang menyokong penjanaan kandungan merentasi teks, imej, dan video, serta model Gemini 3.5 Flash.
{suggest}
Google AI Ultra Ditawarkan Dalam Dua Versi, Pelan Sedia Ada Kini Lebih Murah WISER.MY.