GoPro Hero9 Black Diperkenalkan – Menyertakan Skrin Berwarna Dihadapan, Rakaman Video 5K

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 Sep 2020 23:04:50



GoPro hari ini telah memperkenalkan kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero9 Black. Kamera aksi bersaiz kompak ini hadir dengan sokongan sensor kamera 23.6-megapixel.

Melaluinya, pengguna boleh merakamkan gambar pada resolusi 20MP, atau turut menggunakannya dalam merakamkan aksi anda pada kadar resolusi 5K/30p.

GoPro Hero9 Black juga turut hadir  dengan sokongan skrin 1.4-inci dihadapan yang menawarkan panel berwarna. Disamping itu, ia juga menawarkan bateri bersaiz sedikit besar – sekaligus menjadikannya saiz badannya sedikit besar berbanding GoPro Hero8 Black sebelum ini.

GoPro Hero9 Black turut menyertakan sokongan pelindung lensa yang boleh ditanggalkan, dan digantikan dengan aksesori tambahan lain. GoPro turut menekankan kepada ciri penstabilan yang disertakan padanya, selain sokongan menggunakan ia sebagai sebuah webcam.

Pihak GoPro dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran kamera aksi ini untuk pasaran tempatan seawal esok.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...