“GrabFood love!” -Pasangan ini bertemu jodoh ketika sama2 jadi ‘rider’ Grab Food

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 11 Jan 2019 14:00:22

Siapa sangka ketika masing-masing bekerja sambilan sebagai penghantar makanan Grab Food, jodoh telah menyatukan pasangan pengantin baru ini.

Begitulah yang terjadi kepada pasangan Nur Atiqah dan Mohd Afandi yang foto perkahwinannya telah tular baru-baru ini. Menceritakan detik pertemuan, Atiqah tidak menyangka bertemu dengan suaminya ketika masing-masing menjadi rider Grab Food.

Menurutnya kepenatannya panas dan hujan sebagai seorang rider Grab Food demi untuk mencari rezeki, berakhir dengan pertemuan indah apabila bertemu jodoh. Walaupun bekerja sebagai penghantar makanan ini ada turun naiknya, namun cinta mereka tetap utuh.

GRABFOOD LOVE

Untuk penghujung tahun 2018 ni….impian aku direalisasikan. Penat lelah berpanas berhujan dan bertemu jodoh dalam 1 cabang yg sama.

Walaupun #GRABFOOD ada turun naik, cinta kami tetap utuh🤭😂 bakal anak cucu Atiqah dan Afandi.. Lihat la atok Mohd Afandi korang masa muda macam mana.. Hehehe punye la gigih gmbr yg meniarap tu.. Acah2 #fallingchallenge 😂

Kisah pertemuan Atiqah dan Affendi yang bertemu ketika masing-masing sebagai penghantar makanan Grab Food, telah diabadikan dalam foto perkahwinan mereka yang bertemakan Grab Food Love.

Foto perkahwinan pasangan ini yang bertemakan Grab Food telah mendapat perhatian ramai. Ada yang menyifatkan bahawa mereka tersentuh hati melihat foto perkahwinan pasangan ini yang diambil oleh jurugambar TheHayat.co

alt alt alt alt alt alt alt alt alt alt

Foto perkahwinan pasangan ini juga telah mendapat perhatian Grab Food.

alt

: FB Atiqah, TheHayat

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts