Graduan KKTM Kuantan Mencipta Nama Di Tesla Berlin, Imran Buktikan Lepasan TVET Tetap Diiktiraf Dalam Dan Luar Negara

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 30 Apr 2026 16:32:18

KUANTAN: Sejak dahulu hingga kini, graduan Laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diiktiraf kerana kebolehan praktikal mereka yang menjadi keperluan utama industri, termasuk di luar negara.

Apa yang dipelajari di Malaysia bukan sekadar teori, tetapi kemahiran yang boleh diaplikasikan, dibina dan diterjemahkan dalam dunia pekerjaan sebenar.

Sebagai contoh, graduan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan, Pahang, Muhammad Imran Mohd Fadzillah berjaya menembusi industri teknologi global di Tesla Giga Factory Berlin menerusi program Apprenticeship. 

Alumni bidang Manufacturing Engineering Design tahun 2019 itu membuktikan bahawa laluan TVET MARA mampu membuka pintu besar ke pentas dunia, sekali gus mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan kemahiran.

Dengan sokongan tajaan serta bimbingan daripada StudyGermany, Muhammad Imran mengakui pernah berdepan rasa kurang yakin, namun kekuatan kemahiran praktikal menjadi titik tolak kejayaannya.

"Apa yang kita belajar di sini adalah sesuatu yang boleh kita pegang, kita bina dan kita cipta. Jangan rasa rendah diri, kerana kemahiran praktikal adalah aset paling berharga di pasaran kerja," katanya di Facebook.

Beliau turut menyeru generasi muda agar berani melangkah keluar dari zon selesa dan tidak memandang rendah laluan TVET.

TVET bukan sekadar pilihan kedua, tetapi laluan yang mampu menjamin masa depan cerah jika dimanfaatkan dengan sebaiknya," ujarnya. #SinarHarian


http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts