Grafik & kualiti mantap, Samsung Galaxy S23 Ultra jadi kegilaan kaki gamers!

by Oh! Semput


11
SHARES
149
VIEWS
Posted on 06 Feb 2023 17:00:36

Bunyi realistik dan grafik tinggi semestinya menjadi impian kaki gamers setiap kali mahu membeli telefon pintar.

Bagi mereka, ia memberi satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan kerana berupaya merasai pengalaman hebat apabila beraksi secara atas talian. Malah, ada di kalangan mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapat kepuasan tersebut.

Terbaharu, Samsung kini menawarkan satu lagi model telefon pintar keluaran mereka yang pasti memenuhi kepuasan kaki gamers di luar sana!

alt

Mana tidaknya, Samsung Galaxy S23 mempunyai spesifikasi yang tinggi dan sudah tentunya pengguna akan rasa teruja apabila menggunakannya.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa menariknya spesifikasi yang ditawarkan oleh Samsung pada kali ini sehingga membuatkan ia pilihan terbaik buat kaki gamers kan?

Baiklah, kalau nak tahu, pada kali ini Samsung menawarkan aspek yang menjadi keutamaan para gamers dengan kehadiran cip Snapdragon 8 Gen 2 yang jauh lebih baik dan pantas dari sebelumnya.

alt

“Qualcomm Snapdragon 8 Gen Mobile Platform for Galaxy” yang ada pada model kali ini mampu memberikan pengalaman premium, termasuk AI yang canggih, dan permainan grafik mudah alih terpantas di dunia.

Dengan kehadiran 12GB dan 8GB RAM terbukti lagi ia adalah peranti bagus dan boleh digunakan untuk bermain semua jenis permainan yang baharu. Makna kata di sini, pengguna dapat merasai pengalaman bermain game tanpa ‘hang’.

Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy S23 menawarkan ruang penyejukan wap yang lebih besar berbanding siri sebelumnya kerana ia sangat penting bagi mereka yang kerap bermain game.

Oleh itu, adalah penting sesebuah telefon gaming memerlukan sistem penyejukan yang baik untuk kurangkan haba agar prestasi pemproses tidak terjejas.

alt

Seterusnya, Samsung Galaxy S23 turut menawarkan ‘Adaptive Vision Booster’ yang memastikan mata pengguna sentiasa dalam keadaan selesa.

Ia sangat berguna terutama para gamers yang terdedah dengan paparan skrin lama selain dapat melawan kecerahan dan silau pada waktu siang. Jadi, dapatlah pengguna bermain game dengan tenang tanpa gangguan daripada cahaya matahari pada waktu siang.

Selain itu, ia membawakan teknologi lebih baju kepada pengguna di mana paparan melengkung peranti ini berupaya menghasilkan pemalapan cahaya.

alt

Syok-nya lagi, model kali ini menjanjikan ruang privasi buat pengguna mereka dengan kehadiran teknologi One UI 5.

Pengguna boleh meningkatkan ruang privasi diri dengan aplikasi Good Lock dari Samsung yang membolehkan anda menghiasi dengan ciri tambahan pada kedua-dua skrin utama dan kunci anda, serta menyediakan cara anda mengawal atau berinteraksi dengan peranti.

Selain itu, pengguna boleh menyesuaikan skrin mengikut gaya sendiri dengan widget pintar, wallpaper video, pelbagai emoji, pelekat dan banyak lagi tau!

alt

Dalam pada itu, ia dilengkapi dengan rangkaian Galaxy Eco Friends membolehkan pengguna menggayakan telefon pintar dengan aksesori unik seperti jalur cengkaman, panel belakang serta camera stand.alt

Selain itu, ia juga sesuai bagi mereka yang suka merakam kenangan indah termasuk pergi ke konsert artis kesukaan kerana ia berupaya ‘zoom’ objek yang berada lebih jauh.

Samsung Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra adalah pilihan tepat kerana ia hadir dengan ‘New Adaptive Pixel’ beresolusi 200MP yang membolehkan pengguna dapat hasil terbaik.

alt

Ciri ini merangkumi komponen utama fotografi AI terkini seperti Super NightScape, BOKEH effect, 12MP kamera hadapan (dengan Dual Pixel Auto Focus), Astrophoto, Astro Hyperlapse, Pro Mode ( resolusi tinggi 50MP).

Pengguna juga dapat merakam video dengan beresolusi tinggi selain mempunyai ketahanan skrin telefon yang sangat berkualiti.

Haa, menarik kan dengan teknologi yang ditawarkan dalam Samsung Galaxy S23 kali ni?! Tak setimpal betul dengan harga pasaran semasa yang ditawarkan kepada orang ramai.

Anda boleh mendapatkan ia di kedai jenama rasmi dan pengedar sah Samsung Malaysia bagi merasai pengalaman luar biasa khususnya kaki gamers! Bukan itu sahaja, anda boleh dapatkan di kedua-dua Kedai Dalam Talian Samsung iaitu Shopee dan Lazada.

Tunggu apa lagi, jom pra-tempah (di sini)  bermula 2 Februari serendah harga RM3,899.00!alt

Untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy S23, Galaxy S+, Galaxy S Ultra sila layari laman Facebook rasmi Samsung.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts