SATU video tular dilaman sosial membabitkan seorang tukang gunting rambut di Beijing China meluruskan rambut pelanggan dengan menggunakan besi penyepit yang dipanaskan.
Wang Meimei ,74 dari Jinshi di Wilayah Sichuan masih menggunakan teknik tradisional yang dahulunya popular di era beberapa dekad sebelum 1980 -an.
Wang hanya mengambil upah 4 yuan bersamaan RM2.50 untuk meluruskan rambut menggunakan penyepit besi yang dipanaskan dalam bara api dan boleh bertahan selama 3 bulan tanpa menggunakan apa-apa bahan kimia.
Untuk kerinting rambut pula, Wang mengambil penyepit besinya dari tong yang tersedia bara api kemudian dicelupkan ke dalam air dan kemudiannya diletakkan di rambut pelanggan untuk membentuk gulungan.
Melalui video itu,kedengaran bunyi 'hisss' apabila penyepit panas itu diletakkan ke rambut pelanggan dan mengeluarkan asap putih.
Menurut sumber yang menemubual Wang, dia dipetik sebagai berkata jika dia menggerakkan penyepit panas itu terlalu perlahan, dia mungkin akan menyebabkan rambut pelanggan terbakar tetapi jika suhu kepanasan terlalu rendah, kerinting tidak akan menjadi.
Walaupun kedai miliknya tidak mempunyai nama, tetapi ramai yang suka mendapatkan khidmatnya kerana teknik meluruskan rambut dan kerinting rambutnya tidak ada kekurangan dan dia mengharapkan ada yang ingin membantunya di kedai itu.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah dengan tidak sengaja mencederakan mana-mana pelanggannya selama berdekad melakukan kerja itu.
Wang mula belajar kemahiran itu bersama abangnya ketika usianya 17 tahun sekitar tahun 1959 dan kemudian membuka kedai gunting rambut bersama pada tahun 1977.
Wang pada mulanya merasa bimbang teknik tradisional ini akan pupus dan ingin mewariskan kepada anaknya tetapi anaknya tidak menunjukkan minat.
Wang mula mencari pekerja lain dan melatih mereka tetapi mereka merasa patah semangat kerana merasakan teknik ini agak sukar dan tidak menguntungkan.
Akhirnya cucunya mula menunjukkan minat dan Wang bersedia mengajar teknik ini kepada cucunya agar tidak pupus begitu sahaja.
Video mengenai teknik uniknya mendapat sambutan dan dikongsi oleh ramai orang.
Ada yang memberikan komen teruja ingin mencuba teknik penggayaan rambutnya dan ada yang menyatakan teknik itu adalah satu yang unik yang tidak harus dibiarkan pupus.—EdisiRakyat.com, 21 April 2017
Kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida kembali menjadi perhatian selepas tiga individu berprofil tinggi dilaporkan tampil menyerahkan bukti baharu kepada Jabatan Siasatan Khas Thailand (DSI).Tiga individu berkenaan ialah bekas Ahli Parlimen Thailand,
Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli berkongsi perkembangan terkini bekas adik iparnya, Anes Ayunie yang mengalami komplikasi placenta accreta selepas bersalin.Menerusi hantaran di Threads, Iqbal memaklumkan Ayunie telah selamat melahirk
Pemilik kenderaan yang masih mempunyai saman tertunggak atau kes mahkamah yang belum diselesaikan mungkin tidak lagi dibenarkan keluar atau masuk ke Malaysia menerusi jalan darat jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan.Menteri Pengangkutan,
Konsep jualan makanan menggunakan istilah infak yang dilakukan menerusi siaran langsung di media sosial mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.Menerusi perkongsian yang tular, peniaga tersebut didakwa hanya akan mengagihkan makanan kepada orang
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung penyebaran sebuah video dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa memfitnah dirinya.Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berka
Menurut kenytaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):DBKL mengambil maklum berhubung satu hantaran yang tular di platform media sosial Threads berkaitan dakwaan kakitangan DBKL yang membuang sampah daripada kenderaan rasmi ja
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (Administrative Monetary Penalty, AMP) sebanyak RM520,000 terhadap AEON Credit Service (M) Berhad pada 6 April 2026.Ini selepas BNM mendapati berlaku kegagalan pematuhan terhadap ke
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium terus memberi tumpuan kepada tiga langkah strategik bagi memperkukuh serta mentransformasikan sektor permuziuman negara agar kekal relevan dan berdaya saing dalam era semasa.Menterinya, Datuk Aaro
Menurut kenytaan Malaysian Meteorological Department (MET):Simulasi Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Jabatan Meteorologi Malaysia sedang dilaksanakan bagi menguji dan menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan sema
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan pelanjutan pelaksanaan Ops Kesan sehingga 30 Jun 2026 sebagai langkah memberi ruang tambahan kepada majikan yang masih belum mendaftarkan serta mencarum pekerja mereka supaya tampil secara sukarela.Lanj