Habis ratusan ringgit buat ‘alignment’ tapi tayar masih makan dalam, ini punca ramai tak perasan

by Oh! Semput


12
SHARES
159
VIEWS
Posted on 12 Feb 2024 11:31:18

Tayar adalah salah satu komponen yang paling penting dalam sebuah kereta. Selain dari membantu pergerakan, tugas tayar juga termasuk menyokong berat keseluruhan kenderaan.

Kerana itu, penjagaan tayar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian kerana kualiti tayar yang merosot boleh membahayakan keselamatan pemanduan.

Selain itu, pada bahagian tayar juga terdapat satu sistem keselamatan yang sangat penting yang dikenali sebagai sistem brek.

Habis ratusan ringgit buat 'alignment' tapi tayar masih makan dalam, ini punca ramai tak perasan

Sistem brek ini bergantung kepada prestasi tayar. Jika prestasi dan fungsi tayar menurun, ia juga mungkin memberi kesan kepada sistem brek.

Salah satu masalah yang sering berlaku adalah tayar makan sebelah atau makan ‘dalam’. Masalah ini kebiasaannya berpunca daripada penjajaran tayar yang tidak betul.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, ia boleh menyebabkan risiko kerosakan pada komponen-komponen lain dalam kenderaan.

Apa yang menyebabkan tayar makan dalam? Menurut pengguna TikTok, @ONE HEART DISTRIBUTOR, masalah ini biasanya boleh diatasi dengan melakukan penjajaran dan chamber sahaja.

Namun, jika masalah ini berterusan, mungkin terdapat punca lain yang perlu diperiksa. @ONE HEART DISTRIBUTOR menyatakan bahawa antara bahagian yang perlu diperiksa adalah komponen lower arm pada tayar hadapan kereta.

Masalah tayar makan dalam juga boleh disebabkan oleh kerosakan pada bahagian ball joint atau bush. Sementara itu, jika tayar belakang mengalami masalah makan dalam, kemungkinan bahagian rear upper armshort juga mengalami kerosakan.

Akaun TikTok itu turut berkongsi beberapa contoh kerosakan yang boleh berlaku pada bahagian tersebut. Berdasarkan kerosakan tersebut, jelas terlihat kesan koyakan atau pecahan pada bahagian yang ditunjukkan.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok tersebut atas perkongsian yang berguna ini.

BACA: “Mak mentua suka masakan aku, tapi setiap kali bawa makanan mesti ipar berbunyi”

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts