by Oh! Semput
Simpati melihat keadaan telefon bimbit pelakon Azar Azmi yang retak teruk, usahawan sensasi Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah iPhone 17 Pro Max lengkap dengan ‘casing’ mahal.
Menerusi perkongsian di platform TikTok, Vida menyatakan dirinya cukup dia tersentuh melihat telefon digunakan Azar ketika sesi siaran langsung, malah peranti itu juga dipinjam daripada kenalan.
Dalam video tersebut, jelas di wajah reaksi terkejut Azar sewaktu menerima hadiah berkenaan.
Vida turut memaklumkan pembelian dibuat secara rahsia dengan bantuan pengurus pelakon itu tanpa pengetahuan Azar.
Dalam masa sama, Vida berharap hadiah tersebut dapat membantu Azar terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang digital.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui simpati dengan nasib dialami oleh pelakon terbabit, lebih-lebih lagi sejak mengetahui kehidupannya sepanjang menghilangkan diri dari industri seni.
Dalam pada masa yang sama, mereka turut memuji usaha usahawan terbabit dalam membantu mereka yang sedang berada dalam kesusahan untuk bangkit dan memulakan kehidupan mereka semula.



: TikTok datoserivida