PU Riz hadir bacakan Yasin, bantu cangkul tanah di pusara Nabil Haikal

by Oh! Semput


16
SHARES
207
VIEWS
Posted on 14 May 2022 10:30:33

Pemergian 5 sahabat akibat nahas yang menimpa mereka di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara sememangnya cukup berbekas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selepas beberapa hari urusan mengenalpasti mangsa dijalankan, akhirnya kesemua jenazah mangsa selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Selepas jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dan Ahmad Akmal Bin Ahmad Mokhlis dikebumikan semalam, pagi tadi tiga lagi jenazah iaitu Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 pula diuruskan oleh ahli keluarga masing-masing.

Dalam perkongsian salah seorang ahli keluarga allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, kelihatan pendakwah selebriti, Haris Ismail turut sama membacakan Yasin di kediaman arwah dan membantu mencangkul tanah di tanah perkuburan.

@mywaaruslan2802

Org baik ,Allah sayang. #usas #terowongmenora #ipohperak #fyp #puriz

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menerusi muat naik di akaun TikTok @mywaaruslan2802, suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu hadir serba putih dan menyertai ahli keluarga serta orang ramai membaca Yasin untuk arwah.

Dalam posting yang dilakukan oleh Facebook Siti Nurhafiza Nordin, dapat dilihat Haris memegang cangkul dan membantu menggembur permukaan pusara milik arwah Nabil Haikal.

alt

Haris turut berkongsi lokasi keberadaannya ketika ini dengan memuat naik Insta Story menunjukan papan tanda Sungai Mahang.

alt

Sebelum ini, jenazah Nabil Haikal telah disolatkan di Masjid Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebelum dibawa pulang ke kediamannya.

Jenazah allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Batang Benar, Nilai kira-kira jam 9 pagi tadi.

Jenazah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar di sini kira-kira pukul 9 pagi. pic.twitter.com/4nKDcVqtgt

— BERNAMA TV

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts