Hafiz Mahamad panggil Shuhada ke klinik, mahu bantu hilangkan parut wajah

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 18 Mar 2023 00:00:21

Sejak konflik rumah tangganya mula tular di laman sosial, tidak dapat dinafikan rezeki Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi semakin mencurah-curah apabila ramai pihak tampil membantunya.

Malah, baru-baru ini, influencer dan usahawan popular, Hafiz Mahamad telah memanggil Shuhada untuk hadir ke kliniknya, Ainaa Clinic untuk membantu menghilangkan parut wajahnya selepas 10 jahitan ditanggalkan.

alt

Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 30 tahun itu turut memaklumkan dia akan memberi bantuan secara bulanan kepada Shuhada dan anak-anaknya dan berharap agar namanya terkandung dalam doa wanita terbabit.

“Saya datangkan Shu ke sini untuk doktor tengokkan parut wajah dia. Saya tak ada ikat apa-apa berkenaan kerja atau apa-apa agreement.
“Saya akan bagi bantuan bulanan pada dia dan anak-anak. Semoga ada kami dalam doanya. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik nanti,” ujarnya lagi.

alt

Selain Hafiz Mahamad, terdapat beberapa selebriti yang lain tampil berkongsi rezeki kepada Shuhada dengan memberikan peluang pekerjaan seperti usahawan Aliff Shukri yang melantik sebagai duta tudung dan model fesyen muslimah untuk Bella Ammara.

: Instagram @hafizmahamad

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts