Jack Hafiz tak putus asa jadi terkenal

by Oh! Semput


10
SHARES
124
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 12:00:30

Jack Hafiz.

KUALA LUMPUR: Teman seangkatan seperti Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi dan Syafiq Kyle jauh meninggalkannya selepas bersaing pada pertandingan Hero Remaja Edisi 2011/2012 dan menceburi dunia seni.

Namun, bagi Jack Hafiz, sedikitpun tidak ada rasa cemburu, jauh sekali lemah semangat.

Beliau percaya, itu semua adalah rezeki masing-masing.

“Sampai sekarang kita masih bersaing cara sihat. Saya tumpang gembira melihat teman seangkatan lebih maju.

“Saya percaya rezeki itu sudah tertulis. Ia berbalik kepada soal cepat atau lambat saja. Sejak menyertai Hero Remaja, saya berazam buat habis-habisan dan takkan berhenti.

“Istilah putus asa tak pernah ada dalam kamus hidup,” katanya kepada BH Online.

Jejaka kelahiran Gombak ini mengakui perjalanan hidupnya tidak mudah.

Jack Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Abu mengaku pernah berniaga dan bekerja sebagai tukang cuci kapal terbang.

“Saya cari peluang dengan membuka gerai burger. Dari situ, saya ceburi perniagaan kantin pula. Diam tak diam sudah tiga tahun saya buka kantin secara tender,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Ketika ini, Jack Hafiz sedang melunaskan penggambaran program travelog Puncak Asean sebanyak 13 episod untuk RTM.

“Ini kali kedua saya diberi mandat sebagai hos. Sebelum ini, saya menjadi hos untuk program Lubuk Joran bagi saluran TVi.

“Program travelog ini memerlukan saya menjelajahi beberapa lokasi menarik di lima negara seperti Laos, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia,” katanya yang sudah membintangi lebih 10 drama dan telefilem.

Category: Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts