Tiru gaya Hajjah Lofa, telatah Aaisyah Dhia Rana ‘wish birthday’ Neelofa memang ‘win’

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 16:03:35



Telatah dan aksi comel anak gadis Rozita Che Wan dengan gaya yang ‘menang sekampung’ dan loghat Utara yang dipertuturkan Aaisyah, membuatkan anak dara Zain Saidin diminati ramai.

Sempena ulangtahun kelahiran Neelofa yang ke-30, Aaisyah tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan hari lahir kepada pengacara MeleTop itu di Instagramnya.

Aksi Aaisyah yang meniru gaya pemakaian Neelofa, telah menarik perhatian ramai apabila secara spontan Aaisyah telah melilit tuala pada kepala sambil mengucapkan, “Assalamualikum Hajjah Lofa, Happy birthday to you, muah!”

Gelagat comel Aaisyah itu telah menarik perhatian peminat yang terhibur melihat telatah Aaisyah yang memanggil Neelofa dengan panggilan Hajjah Lofa.

Rata-rata peminat telah meninggalkan komen memuji Aaisyah, yang pandai berkata-kata dan gaya solekan oleh Rozita Che Wan nyata menyerupai Neelofa.

alt

alt

alt

alt

: Instagram Aaisyah Dhia Rana

<-count href="https://www.ohmymedia.cc/tiru-gaya-hajjah-lofa-telatah-aaisyah-dhia-rana-wish-birthday-neelofa-memang-win/"> Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...