Hamas bakal adakan pemilihan sebelum pilihan raya Palestin

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 24 Jan 2021 03:00:35

BAITULMAQDIS, 11 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) merancang untuk mengadakan pemilihan dalaman, pada masa sama mempersiapkan gerakan itu untuk pilihan raya umum, lapor Anadolu Agency.

Memetik laporan sumber, Anadolu Agency mengatakan bahawa Majlis Syura Hamas menolak usul untuk menunda pemilihan gerakan selama beberapa bulan bagi mempersiapkan diri menjelang pilihan raya umum.

Jumaat lalu, Pihak Berkuasa Palestin (PA), Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Presiden Fatah, Mahmoud Abbas mengeluarkan keputusan yang memerintahkan Jawatankuasa Pemilihan untuk mengadakan Pilihan Raya Parlimen pada 22 Mei, Pilihan Raya Presiden pada 31 Julai dan Majlis Nasional Palestin pada 31 Ogos.

berkata, Hamas sudah memulakan persiapannya untuk pemilihan dalaman, dengan menyatakan bahawa ia dijangka selesai pada 25 Februari.

lain memberitahu MEMO bahawa tahanan Hamas di dalam penjara Israel sudah selesai menjalankan pemilihan mereka.  

Bagaimanapun, sumber itu tidak mendedahkan nama kerana ia masih dirahsiakan hingga akhir pilihan raya di Gaza, Tebing Barat dan luar negara.

Sementara itu, gerakan-gerakan Palestin bakal mengadakan perjumpaan di Kaherah pada 5 Februari untuk membincangkan mekanisme yang akan menjamin kejayaan pilihan raya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts