Hampir 8 jam dilahirkan, anak kedua Nazmi Faiz meninggal dunia -“Mohon sedekah al-Fatihah..”

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 19 Jan 2025 07:00:41

Anak kedua Nazmi Faiz Mansor meninggal dunia dan berita duka itu dikongsikan oleh pemain kebangsaan itu sendiri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Maklum pemain Johor Darul Takzim (JDT), anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.55 pagi.

Nazmi dalam kenyataan tersebut memohon orang ramai mendoakan Al Fatihah buat anak perempuannya.

“Pukul 10.55 pagi, bayi Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.
“Mohon sedekah al-Fatihah buat puteri kami,”maklum Nami menerusi hantaran di Facebook Story.

alt

Setakat ini, punca kematian anak keduanya itu belum didedahkan.

Anak kedua Nazmi Faiz meninggal dunia

Sebelum ini, Nazmi memaklumkan isterinya, Nurul Yasmin selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka pada jam 3 pagi tadi.

Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu meminta orang ramai mendoakan anaknya yang pada ketika itu berada dalam kritikal.

alt

Terdahulu, Nazmi mendirikan rumah tangga dengan Nurul Yasmin pada November 2017.

alt

Pada Jun 2020, Nazmi kemudiannya mengumumkan dia dan isteri menimang puteri sulung diberi nama Maria Miqayla.

: FB Nazmi Faiz 

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts