KKM hantar pasukan forensik HKL ke Sabah

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 18 Oct 2020 07:01:42

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1442H, Ahad – Seramai empat pegawai Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dimobilisasi ke Hospital Tawau, Sabah hari ini, bagi menjalankan tugas perubatan forensik dan pengurusan kematian akibat COVID-19 di kawasan timur negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasukan forensik itu membabitkan seorang pakar perubatan forensik, dua pegawai perubatan dan seorang penolong pegawai perubatan.

“Bagi pakar perubatan forensik, beliau akan bertugas di Tawau selama 3 bulan. Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara ini,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook pagi ini.

Sehingga semalam, seramai 767 anggota perubatan dan kesihatan awam KKM daripada pelbagai kategori dan skim perkhidmatan telah digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Hampir setiap hari terdapat kematian baharu akibat wabak itu direkodkan di Sabah sejak minggu lepas dan empat lagi kes maut dilaporkan di negeri itu semalam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts