Hantar air ke rumah Jamal, Ratu Naga bermandi cat, telur, tepung

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 06:00:57

Niat seorang ahli PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah yang bersimpati dengan nasib pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengadu tidak mandi selama empat hari kerana gangguan bekalan air bertukar menjadi pengalaman negeri.

Sebaliknya, Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga mendakwa dirinya diserang dengan dibaling dengan enam papan telur, air cat dan juga tepung.

“Kira-kira jam 10.15pagi saya sampai di kawasan rumah Jamal. Bila tiba di sana, kereta saya ditahan kira-kira 30 orang dan diketuai oleh Jamal, mereka sekat jalan.

“Saya seorang turun dari kereta, dia kata dah lama nak jumpa saya. Bila saya saya cakap nak hantar air, dia kata kau memang bodoh…

“Tiba-tiba ada seorang pengikut jamal baling air bercampur cat ke arah saya, kemudian orang tu lari, dari arah kiri saya mula baling telur dan saya mula bergelut dengan 30 orang-orang Jamal. Ketika itu jamal dah lari,” katanyapada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ratu Naga juga berkata beliau membuat laporan polis selepas sidang akhbar berkenaan.

Semalam Jamal hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

[Berita penuh menyusul]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts