Hanya 1 kes baharu di Thailand

by Oh! Semput


1
SHARES
18
VIEWS
Posted on 20 Jun 2020 14:05:25

SEORANG wanita warga Thai yang baru kembali dari Bahrain merupakan pesakit terbaharu Covid-19 di Thailand, menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 3,147 kes dengan kematian kekal 58 orang.

Hari ini merupakan hari ke-26 tiada penularan tempatan direkodkan di negara itu.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sejak 3 April lalu hingga hari ini, sebanyak 210 kes Covid-19  melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara dan menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti kerajaan dikesan.

“Sementara itu, sebanyak 10 lagi pesakit pulih dan dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam lepas. Setakat ini, sebanyak 3,018 pesakit telah pulih dan didiscaj dari hospital manakala 71 masih dirawat,” demikian menurut CCSA  dalam kenyataan hari ini. 

Bangkok dan Nonthaburi  melaporkan jumlah kes tertinggi pada 1,757 kes, diikuti  wilayah selatan (744), wilayah tengah (440), timur laut (111) dan  utara (95). – Bernama, 20 Jun, 2020.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts