Hanya kerana review produk, wanita berdepan hukuman penjara 7 tahun

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 03 Apr 2024 04:32:05

Seorang wanita berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda RM25,357 atau kedua-duanya sekali.

Seorang wanita di Nigeria berdepan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyiarkan ulasan negatif

secara online bagi produk tomato puri dalam tin, lapor laman berita Oddity Central.

Hanya kerana review produk, wanita berdepan hukuman penjara 7 tahun

Pada September tahun lalu, Chioma Okoli, 39, yang merupakan seorang pengguna Facebook telah menyuarakan pendapatnya mengeni produk puri tomato yang dibelinya.

Dia mendakwa produk itu mengandungi terlalu banyak gula serta meminta pengikutnya menyatakan pendapat mereka.

Seorang individu yang mendakwa sebagai kakak kepada pengasas Erisco Foods Limited, meminta Okoli agar berhenti menghina produk itu.

Erisco Foods Limited merupakan syarikat pengeluar puri tomato berkenaan.

Firma itu turut menyaman Okoli sebanyak 5 bilion naira (RM18.1 juta) kerana mendakwa wanita itu telah mengakibatkan publisiti buruk dan masalah serius seperti kehilangan pembekal.

Okoli kini berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda 7 juta naira (RM25,357), atau kedua-duanya sekali.

BACA: “Suami cakap pergi main futsal, rupanya dating dengan jiran sekali aku tanya satu soalan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts