Hanya "Kuasa Politik" Di Tunjangi UMNO, Jamin Nasib Orang Melayu

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 11 Mar 2017 19:00:48

BERA: Kuasa yang ada pada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno membolehkan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini menikmati kehidupan yang lebih baik termasuk dalam bidang pendidikan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 merupakan bukti yang jelas kerajaan sentiasa mengambil berat pendidikan anak Melayu dan Bumiputera terutama dari golongan kurang berkemampuan.
“Kedudukan anak Melayu dan Bumiputera termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli lebih baik kerana apa?…kerana perjuangan Umno yang bawa perubahan termasuk menerusi program JPB.
“Kalau pihak pembangkang, yang ditunjangi DAP, jangan harap ada program seperti ini akan dilaksanakan mereka. Ini mesti kita faham, apa yang kita lihat hari ini tidak boleh dipisahkan dengan kekuasaan politik kerana inilah yang menentukan kemungkinan segala-galanya berlaku, “kata beliau.
Bernama melaporkan beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program JPB 2017 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di Padang Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Najib berkata, tanpa adanya program JPB, agak sukar untuk institusi pengajian tinggi membuka peluang kepada anak Melayu dan Bumiputera daripada golongan miskin B40 untuk memperoleh peluang kedua mengubah masa depan mereka menerusi pendidikan.
“Mereka ada keinginan untuk berjaya, ubah nasib masing-masing, namun berharap pada peluang, kalau mereka miskin, tidak ada peluang diberikan, mereka tidak akan ada keyakinan diri.
“Mungkin bimbang tidak akan diterima kalau insitusi pengajian tinggi meletakkan syarat yang terlalu tinggi,” katanya.
Najib turut menyatakan syukur kerana program JPB yang diadakan sejak tahun lepas telah berjaya membantu 37,324 pelajar golongan bumiputera dan Melayu menempatkan diri di institusi pengajian tinggi di negara ini setakat ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts