Hanya 2.32 Peratus Iaitu 234 Orang Kakitangan Bukan Melayu Yang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Pahang

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 13 May 2026 16:32:01

KUANTAN: Hanya 234 kakitangan bukan Melayu berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerajaan Negeri Pahang.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Manusia Negeri, Sim Chon Siang berkata, berdasarkan rekod semasa sehingga Mac, 10,086 pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, hanya 2.32 peratus terdiri daripada kakitangan bukan Melayu.

"Bagaimanapun secara keseluruhannya, bagi tempoh 2016 hingga 2025, perkembangan pengambilan kakitangan bukan Melayu dilihat stabil dan konsisten dengan anggaran sekitar 3 hingga 7 peratus setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Wong Tat Chee (ADUN Lantikan) berhubung rakyat bukan Melayu yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerajaan negeri Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini, Rabu.

Chon Siang berkata, komposisi perkhidmatan awam negeri bergantung kepada faktor penawaran calon, kesesuaian jawatan, keperluan perkhidmatan serta penyertaan pemohon daripada pelbagai kaum.

Katanya, tahun lalu, sebanyak 1,316 panggilan temuduga dibuat dan daripada 803 calon yang hadir, hanya tujuh calon atau 0.87 peratus terdiri calon bukan Melayu.

"Bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa mengamalkan prinsip peluang yang adil, terbuka dan berasaskan merit dalam urusan pelantikan kakitangan.

"Pengambilan kakitangan perkhidmatan awam negeri juga tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan, kelayakan, keperluan jawatan serta peruntukan undang-undang dan dasar yang berkuat kuasa," katanya.

Tambah beliau, walaupun berlaku turun naik, perubahan tersebut tidak menunjukkan sebarang peningkatan atau penurunan yang ketara.

"Keadaan itu mencerminkan bahawa penyertaan rakyat bukan Melayu kekal konsisten dalam komposisi pengambilan sedia ada," katanya. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts