Hanya 2% Sahaja 'e-Waste' Mesin Basuh, Peti Ais Dan Penghawa Dingin Dikumpul Pada 2021

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 11:00:19

Berdasarkan statistik e-waste yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi tahun 2021, sebanyak 133,524 unit buangan eletrik dan elektronik yang terdiri telefon bimbit, mesin basuh, televisyen, penghawa dingin, komputer riba dan peti ais telah dikumpul sepanjang 2021.

Penyumbang terbesar e-waste itu adalah terdiri daripada telefon bimbit dan komputer riba dengan masing-masing sebanyak 41,392 (31%) dan 49,403 (37%) dan diikuti oleh televisyen sebanyak 34,716 (26%).

Sementara mesin basuh, peti ais dan penghawa dingin pula masing masing hanya menyumbang sebanyak 2% sahaja (2,670 setiap bahagian).

JAS menyatakan, keadaan ini menunjukkan kebergantungan manusia yang tinggi dan jangka hayat peralatan elektronik yang pendek merupakan faktor peningkatan buangan telefon dan komputer riba.

Sehubungan itu, JAS menggalakkan orang ramai supaya melupuskan e-waste secara mesra alam dengan menghantar ke pusat pengumpulan berdaftar sekiranya barangan elektrik dan elektronik telah rosak.

: Jabatan Alam Sekitar

Baca juga:

  • Pengguna Di Malaysia Didapati Semakin Kurang Membeli Telefon Pintar - IDC
  • Menteri Gesa MCMC Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi
  • 200 Tiang Lampu Jalan Dengan 5G Akan Dibina Di Kuala Lumpur

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts