save 2.0

Hanya Sebab Tidak Pandai Memandu, Belasan Kereta Baru Milik ‘Jutawan Segera’ Rosak

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Feb 2021 21:30:54



Pada awal minggu lalu, tular satu rakaman video menunjukkan penduduk di sebuah perkampungan Indonesia telah membeli kira-kira 176 buah kereta baru di Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban.

Rata-rata penduduk di situ merupakan petani telah mendapat wang pampasan tanah untuk pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Rusia. Jumlah wang pampasan yang diterima oleh penduduk kampung sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) sehingga 26 billion rupiah (RM7.5 juta) bergantung pada saiz jumlah tanah yang mereka ada.

Namun kegembiraan ‘jutawan-jutawan segera’ yang memiliki kereta mewah tidak bertahan lama kerana belasan kereta mewah tersebut mengalami kerosakkan akibat kemalangan. Punca kemalangan itu berlaku kerana mereka tidak pandai lagi memandu kereta.

Menurut Arie Soerjono, Pengurus Bahagian Auto 2000 Tuban mengatakan bahawa hingga kini sudah ada 15 buah kereta dari penduduk Kampung Sumurgeneng telah mengalami kemalangan.

vocket-kereta-mewah-jutawan-segera-kemalangan-1

Gambar: Kompas.Tv

Rata-rata kereta yang sedang dibaiki merupakan model Toyota dan kemalangan tersebut tidak berlaku di jalan raya, tetapi ia berlaku di kawasan jalan kampung setempat mereka. Seperti contoh, pemandu melanggar ruangan garaj ketika mahu mengundur kereta mereka kerana tidak pandai memandu.

Baca lagi artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu ini melalui pautan di bawah.

Langgar Van Hingga Terbalik, Pemandu Myvi Ditahan Selepas Gagal Larikan Diri

Berang Dengan Penunggang Motosikal, Lelaki Ini Balas Dendam Dengan Tabur Pasir Atas Jalan Raya

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News