Harapan jadi ibu belum tercapai, Elizabeth Tan alami keguguran

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 17 Apr 2024 10:31:03

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan alami keguguran pada usia awal kehamilan selepas disahkan oleh pihak hospital.

Menurut laporan mStar, Elizabeth atau nama sebenarnya, Tan Su Mei akui keguguran itu memberi impak mendalam memandangkan dia sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang ibu.

Elizabeth Tan alami keguguran

Elizabeth Tan alami keguguran

Artikel lain: MK K-Clique dipuji kaburkan aksi cium dahi isteri – “Bagus ada sifat malu”

“Sebenarnya saya mengalami keguguran anak pertama namun kehamilan saya masih berada pada peringkat awal lagi.
“Saya ke hospital dan disahkan bahawa kandungan sudah tiada lagi,” katanya.

Meskipun sudah memaklumkan berita kehamilannya kepada keluarga dan rakan rapat sebelum ini, pelantun lagu Knock Knock itu tidak akan berputus asa untuk dapatkan zuriat.

alt

“Saya sudah umumkan (pengesahan kehamilan) kepada keluarga dan kawan rapat, namun saya keguguran. Ini menyedihkan tetapi saya tidak berputus asa.
“Pada mulanya saya tidak begitu terkesan ketika kejadian berlaku dua bulan lalu. Tidak tahu bila lagi saya akan hamil dan itu sedikit sebanyak membimbangkan saya.
“Malah saya juga sudah berkongsi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk mempunyai anak. Jadi perancangan itu terpaksa diubah kerana keguguran. Itu yang membuatkan saya sedih,” ujarnya.

Sekadar info, Elizabeth Tan mendirikan rumah tangga dengan Siew Lim,31, yang juga seorang ahli perniagaan pada 21 Mac 2021.

alt

: mStar

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts