Harga Pelitup Muka Akan Di Turunkan Lebih Rendah Kepada RM1 Sekeping

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 11 Aug 2020 13:02:06

KUALA LUMPUR - Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah sebahagian daripada pendekatan untuk membantu rakyat, khususnya ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk anak-anak ke sekolah.

Selari perkembangan semasa, katanya, harga semasa pelitup muka akan terus diturunkan di bawah paras 95 sen sekeping di peringkat pemborong dan RM1 sekeping di peringkat runcit.

"Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) mengenai rasional peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila harga baharu itu akan berkuat kuasa.

Alexander dijadual mengadakan sidang media Khamis ini di Dewan Rakyat dan mungkin mengumumkan tarikh kuat kuasa harga baru berkenaan.

Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos manakala harga siling diturunkan kepada RM1.50 mulai 15 Ogos ini.

Minggu lalu di Dewan Rakyat, Alexander dilaporkan berkata, kerajaan bercadang menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan ke paras bawah RM1.20 seunit mulai 15 Ogos.

Cadangan penurunan harga maksimum pelitup muka tiga lapis dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 17 Julai, sebelum ia mendapati persetujuan sebulat suara.

Harga pelitup muka kemudian diturunkan daripada RM1.45 seunit kepada RM1.15 seunit di peringkat pemborong dan RM1.50 seunit kepada RM1.20 di peringkat runcit, berkuat kuasa 15 Ogos ini.

Kepada soalan tambahan Chieng Jen mengenai pertimbangan kerajaan menurunkan lagi harga pelitup muka kerana didakwa segelintir peniaga menjualnya secara lebih murah di pasaran ketika ini, Alexander berkata setiap pertimbangan dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor.

Katanya, ia antara lain merangkumi keselamatan pengguna dan keberkesanan pelitup muka tiga lapis dalam mencegah penularan COVID-19 yang didapati merebak menerusi titisan air.

"Kita bukan sekadar nak jadi popular dengan umum harga rendah atau lebih murah, tetapi nak selamatkan pengguna, justeru apa yang bagus untuk politik, tidak semestinya berkesan dalam menjaga keselamatan pengguna.

"Langkah berterusan akan dibuat supaya penurunan harga ini tidak akan berhenti di sini saja, sebaliknya saya beri jaminan ia bakal turun lagi," katanya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts